Asia & Pasifik Disney Branded Television

Rencana utama: Disney Channel Asia

Disney Channel Asia disiarkan ke Papua New Guinea, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Asia Tenggara. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris.

Asia Barat

Ia disiarkan di platform Orbit Showtime dan di sistem kabel dan perkhidmatan siaran lain di Pakistan. Saluran ini disiarkan ke Timur Tengah, Afrika Utara serta Pakistan dan Maldives serta menyiarkan audio bahasa Arab, Inggeris dan Sweden.

Israel

Rencana utama: Disney Channel Israel

Disney Channel Israel dilancarkan pada 9 September 2009 dan menggantikan Jetix. Saluran ini tersedia di Israel sahaja. Bahasa tersedia merupakan bahasa Ibrani dan Inggeris.

Asia Selatan

Rencana utama: Disney Channel India

Saluran ini tersedia di Asia Selatan. Bahasa tersedia merupakan bahasa Hindi, Tamil, Telugu, Bengali, Marathi dan Inggeris.

Asia Tengah

Rangkaian Disney Channel di Asia Tengah berkongsi siaran dengan Disney Channel Rusia dan sentiasa menyediakan bahasa Rusia.

Asia Tenggara

Filipina

Saluran ini berkongsi jadual dengan Malaysia dan Indonesia-Thailand-Vietnam, disiarkan ke Filipina serta menyiarkan audio bahasa Filipino dan Inggeris.Terdapat juga suatu blok pada waktu pagi dinamakan Disney Clubhouse, dan blok petang dinamakan Disney Club yang disiarkan di TV5 dari 13 Disember 2010 sehingga kini, tetapi ditunjukkan hanya 2 program untuk pagi dan petang, ia bermula pada pagi Isnin hingga Jumaat pada 8:00 AM, Sabtu 7am dan Ahad 10:30 AM.

Indonesia

Saluran ini berkongsi suapan video Disney Channel Thailand dan Disney Channel Vietnam dan berkongsi jadual dengan Filipina dan Malaysia, disiarkan ke Indonesia serta menyiarkan audio bahasa Indonesia dan Inggeris.

Malaysia

Saluran ini berkongsi jadual dengan Filipina dan Indonesia-Thailand-Vietnam, disiarkan ke Malaysia dan Brunei serta menyiarkan audio bahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris dan kadang kala sari kata bahasa Malaysia.

Thailand

Disney Channel di Thailand sebelumnya blok TV di TV5 sejak Disember 2006 sehingga Mac 2008, dan disiarkan sebagai blok TV di NBT sejak April sehingga Julai 2008. Sejak Julai 2008 sehingga Mei 2010 tiada DC di Thailand, dan kembali sebagai saluran terasing tetapi hanya tersedia di kabel & satelit. Bahasa tersedia merupakan bahasa Thai dan Inggeris.

Vietnam

Rencana utama: Disney Channel Vietnam

Saluran ini berkongsi jadual dengan Asia, disiarkan ke Vietnam serta menyiarkan audio bahas Inggeris dan sari kata bahasa Vietnam.

Asia Timur

Hong Kong

Disiarkan di now TV (Saluran 441), Hong Kong BBTV dan TV Kabel Hong Kong. Saluran ini disiarkan ke Hong Kong serta menyiarkan audio bahasa Kantonis, Mandarin dan Inggeris.

Jepun

Rencana utama: Disney Channel Jepun

Disney Channel Jepun (ディズニー・チャンネル) disiarkan di Jepun.Disney Channel Jepun juga mempunyai rancangan Amerika dialih suara semula dalam Bahasa Jepun.

Korea Selatan

Rencana utama: Disney Channel Korea

Disney Channel tersedia melalui Disney Channel Asia di Korea sehingga Disney Channel Korea dilancarkan pada April 11, 2011,[2] following an agreement between Korean company SK Telecom and The Walt Disney Company to form a joint venture for operating all future Disney-branded channels. SK will own the majority 51% of the new company. It'll replace the Disney Channel Asia available in Korea.[3] Saluran ini disiarkan ke Korea Selatan serta menyiarkan audio bahasa Korea.

Taiwan

Rencana utama: Disney Channel Taiwan

Semua rancangan di Disney Channel Taiwan disiarkan dalam audio dan sari kata bahasa Cina Mandarin. Saluran ini tersedia di Taiwan dan merupakan cawangan Disney Channel pertama di luar Amerika Syarikat.

Australia & New Zealand

Saluran ini tersedia di Australia, New Zealand, Tuvalu dan Fiji. Bahasa tersedia merupakan bahasa Inggeris.